Monday, December 8, 2014

BAHAGIA

Assalamualaikum..malam ni hamba nak share bagaimana cara nak dapatkan kehidupan yang bahagia.





Untuk berasa bahagia selama sesaat, tariklah nafas panjang

TIDAK CUKUP?
Untuk berasa bahagia selama seminit, kenang kembali pengalaman manis.

TIDAK CUKUP?
Untuk berasa bahagia selama sejam, makan makanan yang lazat.

NAK LAGI?
Untuk merasa bahagia selama sehari, bacalah karya hiburan

SETERUSNYA?
Untuk berasa bahagia selama seminggu, pergilah melancong.

SETERUSNYA?
Untuk merasa bahagia sebulan, carikah cinta monyet.

SETAHUN?
Untuk berasa bahagia selama setahun, minta lah bos naikkan gaji

10 TAHUN?
Untuk berasa bahagia selama 10 tahun, peganglah jawatan yang tertinggi dalam organisasi anda.

SEUMUR HIDUP?
Untuk berasa bahagia sepanjang hidup, gunakan ilmu kejalan kebaikan.

DAN YANG TERBAIK?
Untuk berasa bahagia selama-lamanya, dapatkan keredaan-Nya

So, yang mana satu pilihan korang????????

I WAS BORN TO BE AWESOME

Saturday, December 6, 2014

SMILE WHEN THEY ARE ANGRY




Assalamualaikum,
Start sem ni makin banyak la dugaan dan cabaran yang harus aku lalui. Ini adalah sem ke2 aku pegang jawatan dalam Kolej. Satu je nak bagitau, pegang jawatan dalam sesebuah organisasi bukanlah mudah. Banyak benda yang harus aku tempuhi. Kena marah adalah perkara biasa dalam menjalankan tugas malahan ada juga sampai menangis. Satu je aku nak bagitau, senyum lah walau apapun yang terjadi. You kena ingat yang you adalah awesome. I WAS BORN TO BE AWESOME.

p/s : You can be professional. You can be formal. You can be nice.

Wednesday, December 3, 2014

SENYUM

Walaupun dirinya sakit,
Walaupun dirinya baru dimarahi,
Walaupun keretanya rosak,
Walaupun usahanya tidak membuahkan hasil,
Walaupun tunangnya tiambil orang,
Walaupun dia dirompak,
Walaupun rumahnya terbakar,
Walaupun tanamannya layu,
Walaupun semua ternakannya mati,
Walaupun perniagaanya gagal,
Walaupun dia dipukul, dihina, dicerca
Walaupun dia diugut bunuh,
Walaupun dirunya kemalangan,
Dia masih mampu tersenyum



Siapakah orang itu???
Aku ingin berkenalan dengannya,
Aku ingin belajar dengannya,

Ketahuilah....
Itulah dia orang yang SABAR

Sunday, November 30, 2014

1 DECEMBER

Alhamdulillah..hari ni 1 December scara rasminya aku telah memasuki semester ke4. Setelah pelbagai cabaran yg aku lalui dalam semester 3. InsyaAllah akan aku jadikan iktibar dengan apa yg telah berlaku sebelum ni. Harapan aku adalah aku ingin mulakan cara hidup dan belajar yang baru. Aku akan buktikan yang aku juga boleh berjaya seperti orang lain. Walau apapun yang orang cakap kita kene ambik ia sbgai teguran dan pembakar semangat untk kita menuju ke puncak kejayaan.

Thursday, October 16, 2014

NAFSU

CARA NAK KAWAL NAFSU.. 

"Bila nafsu mulai menguasai diri untuk berbuat perkara yang buruk atau haram sentuhlah dada dan sebut "INNI AKHAFULLAH" (Sesungguhnya aku takut Allah)

Sama-samalah kita melawan hawa nafsu. Kalau tidak, banyak ajaran Islam yang terabai, banyak perintah ALLAH yang dilalaikan. Bila tidak dapat melawan hawa nafsu, banyak larangan ALLAH yang akan terbuat. 

UJIAN PERSONALITI DIRI


UJIAN PERSONALITI
Cuba ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...
c/p